BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Friday, August 21, 2009

Aku demam dan mendapat cuti...

Assalamualaikum...
Buat anak-anak muridku di 1C dan 2H, maaf la, saya demam dan mendapat cutu 2 hari iaitu hari khamis dan jumaat. Jadi tidak dapat masuk kelas kamu semua. Apapun, Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang barakah ini... amin.... dan doakan kesihatan saya ya... dan sekarang, dah ada di kampung, berpuasa bersama keluarga tersayang. Marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan.

Monday, August 17, 2009

Aku jadi doktor....

Assalamualaikum... Buat tatapan semua. Semalam, 17 Ogos aku jadi doktor tak bertauliah... Kena chek suhu badan student.. Jalan dari kelas ke kelas... Lebih kurang 16 kelas... Takut aku, maklum la skarang kan tengan H1N1. Hampir separuh student suhu badan 38 ke atas dan ada yang samapai 40 pun masih datang sekolah. Tak risau tul.. dan sekolah aku dah 3 orang disyaki positif... SMK Teknik & Seri Manjung dah tutup.. Sekolah aku tak tahu la bila lagi.... apapun, aku berdoa agar aku, keluarga, kawan-kawan dan adik-adik tersayang dilindungi daripada bencana dan bala penyakit ini.... Amin. Wassalam.

Friday, August 14, 2009

Inilah Rumahku...

Aku ngan Abang Poji... (Atas)
Razi & Poji (Bawah)
Aku & Razi...
Inilah rumah aku tinggal sepanjang PRAKTIKUM... No 102 Taman Manjung BAru... Ada 3 bilik, tapi tingal berempat... Bujang semua... Ha ha ha.. Aku, Rahman, Fauzi & Radzi...

Logo Penting punya...

Anak Jati Kedah - Padang Terap - Kuala Nerang
Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-undang
Universiti Pendidikan Sultan Idris - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad - PMR & SPM
Asrama SMK Dato' Syed Ahmad
SMK Seri Samudera - Praktikum

Hari terakhir bagi Minggu Ke-4

Jumaat, macam biasa. hari paling aku tertekan. kelam kabut jadinya, selesai ja solat Jumaat, tanpa baca doa terus aku keluar dari pintu masjid, nak kena pi sekolah. sampai ja, terus ke pejabat, Punch Card.. huh, terkejar-kejar jugak... sampai ja, 2.20 terus masuk kelas 2H. hari ni, 7 orang ja hadir, sedih aku. tak tahu nak ngajar apa.. 5 kawan serangkai ditukar ke kelas lain.. aku bawa ja student 2H ke Library... sampai 3.30... pastu, budak-budak rehat, aku jumpa Hanif lagi dekat library dengan kawan dia. berborak panjang jugak la... dah lama tak dapat sembang ngan student macam tu, maklum la sebelum ni sembang dengan adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad. Terubat juga la hati ni, kerinduan di perantauan. harap dapat lebih rapat dengan Hanif & The Geng. He he he.... Bukan apa, boring kalau hidup ini serius sangat. Aku kan jenis happy dan penyayang.... K, setakat in dulu coretan hari ini..Bye....

Thursday, August 13, 2009

Inilah wajah Sang Merpati Putih

My housemate, Cikgu Fizik dekat SMK Seri Manjung...... Nampak muda, tapi dah berusia...Abang Poji.... Luas betul buka mulut dia.. lapar ke apa ni... nanti lalat masuk baru tau... Tapi, dah anggap macam abang pun... TQ 4 Everything....
Jangan marah da.... nanti kena jual....

Hariku bermakna....

Hari ini, pertama kali aku bagi alamat email dan no phone dekat student aku 1C. mungkin terlalu percayakan mereka dan aku memang sayang la kelas ni.... buat Fazril, jangan sebarkan nombor saya.. janji, untuk 1C je.... Good Luck, saya doakan semua anak murid saya berjaya... Ustaz yakin, kamu semua boleh... Percayalah... Allah bersama dengan orang yang benar...Amin...

Kenangan Semalam.... 12 Ogos 2009

Dah hampir empat minggu aku Praktikal.. ni gambar aku dengan pelajar SMK Seri Samudera. Hanif nama dia. Pelajar 1 Gemilang. Tak ajar pun... tapi tiba-tiba ja ambik gambar ngan dia.. Depan bilik PPDa. Berkenalan jugak la... Kalau sudi, nak ambik dia jadi adik angkat aku. ha ha ha... kalau sudi... Ini first picture aku dengan student dan Hanif adalah orang yang pertama. Sebab tu aku masukkan dalam blog. Best kan kalau hari-hari macam ni dandapat bergambar. nsemt tak???? he he he....
Ni gambar air terjun dekat sekolah aku ngajar... banyak lagi.. tapi satu cukup la kan.......nanti aku masukkan lagi.

Hatiku Rindu.........


Aku dengan Chik (Hassan Hilmy) Adik angkat aku... dekat asrama SMKDSA. Dia ada kembaq, Hassan Zuhdy, tapi kembar tak seiras. Ini adik....
Ni ngan Dud, adik angkat aku gak... semua manja.. Tambah sayang dan rindu dekat depa semua.... Banyak sangat kenangan dekat asrama dulu...Rindu kenangan macam ni... tak terucap di hati..
Dari hujung : Nazmi,Najib, Aku, Naim, Chik & Hakim

Hati ku rindu pada semua... rindu dekat keluarga di kampung, dan adik-adik di asrama. terlalu banyak kenangan bersama... Adik-adik di asrama SMKDSA la buat masa sekarang, sebab sekarang aku dekat sekolah, lain sangat suasananya... Dekat Chik, Dud dan ramai lagi la. Adha, Piduh, Zul, Nazmi... semua...

Aku dengan Dud & K-rul .. ni Dikir Barat Peringkat Negeri....

Tuesday, August 11, 2009

Aku di OBSERVE


Hari ini, hari selasa 11 Ogos 2009, minggu keempat aku praktikal... aku dicerap oleh guru pembimbing aku Puan Hajah Nor Azizan... risau sangat tadi... tapi berjalan lancar rasanya... apapun, kena jumpa puan jugak, sebab ada beberapa perkara yang kena perbetulkan... maklum la, masih baru dan tak ada pengalaman.. aku di observe tajuk SUMAYYAH.... bahagian sirah...banyak rintangan sebelum mengajar dan sepanjang persiapan... mula-mula kunci bilik tayangan tak dapat buka, terpaksa la aku asuk ikut pintu pusat sumber. dah dapat masuk, projektor plak tak hidup. kelam kabut.. pi minta bantuan, rupanya, projektor tu perlu guna remote untuk hidupkan.. pi la cari plak... dah jumpa, pi hidupkan, tepat jam 1.45 loceng bunti dan puan keluar dari bilik dia nak masuk.. gelabah aku... projektor tak buka lagi.. tambah lagi satu masalah, budak-budak lambat datang. student 1 C, tunggu punya tungu, tak datang-datang jugak, sedangkan dah bagutahu. rupanya depa dalam kelas dengan cikgu, bincang soalan exam... dah la puan lama tunggu... hampir 10 minit juga la lewat. sepatutnya 1.45, jadi 1.55 barun ngajar. dah ngajar ok la... tapi ada benda perlu aku perbaharui dan tingkatkan... gabra beb.... ok, itu cerita hari ni untuk minggu keempat... dan aku sempat pi melawat 3 tempat, KOPREASI, BILIK KAUNSELING dan PUSAT SUMBER PPDa. memang cantik sangat-sangat... nanti aku masukkan gambar.... ok, ana undur diri dulu.... Wassalam.. dan akhir kata, terima kasih banyak-banyak buat student kesayangan ustaz 1C kerana bagi kerjasama. Love you All....

Minggu Ketiga Praktikal

Rasa macam makin serasi dengan sekolah ini. rasa sayang pun dah makin berputik.. belum tahu bilakah akan berbunga atau terus kucup akibat ketandusan air dan baja.. Pastinya anak-anak muridku dari 1 Cemerlang dan 2 Harapan makin disayangi... mungkin pada awalnya sukar di kawal, namun lama-kelamaan baik rasanya... Minggu ini sekolah ada ujian penilaian 2. So, aku tak la banyak mengajar dan sekadar menyemak kertas jawapan pelajar sahaja. tapi, aku rasa bangga dengan peningkatan keputusan mereka. kagum sangat biarpun tak seberapa. sekurang-kurangnya ada perubahan. paling penting dari segi akhlak... aku nak jadi pendidik yang bukan sahaja mengajar semata-mata tapi mendidik akhlak mereka. I LOVE ALL MY STUDENTS ESPECIALLY 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN.

SEBUAH EPISOD DI SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG PERAK...

Tanggal 20 Julai 2009, bergelarlah aku sebagai Guru Praktikal. jam 8.00 pagi aku melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera Manjung Perak. Aku terus berjumpa dengan Puan Pengetua SMK Seri Samudera dan setelah seketika pertemuan, aku ditempatkan pada sesi petang persekolahan yang berkemungkinan mengajar tingkatan satu ataupun tingkatan 2...
Jam 1.10 petang aku melapor diri pada Puan Penyelia Petang, Pn Noorliza dan diberi amanah dan tanggungjawab untuk menggantikan kelas ... bermulalah kerjaya aku sebagai seorang guru @ ustaz Shahrin... bangga ada, takut pun ada kerana tanggungjawab dan amanah mendidik terlalu berat untuk dipikul...
Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari aku di SMK Seri Samudera, aku diberi tanggungjawab untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Cemerlang dan 2 Harapan. bagiku, kedua-dua kelas ada cabaran, kelebihan dan kekurangan yang perlu aku tempuhi. Akan aku buktikan yang aku juga mampu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai pendidik.
Hampir 2 minggu aku di SMK Seri Samudera, aku berkenalan dengan ramai guru, ustaz dan ustazah. dan tidak ketinggalan aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing aku, Puan Hajah Noor Azizan kerana sudi memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang berada di sini...Pengalaman tidak terhingga dari guru-guru lain, CIKGU HALIM, SIR BALA, USTAZ RAZAK, CIKGU MAT ZAIN, CIKGU SHOEFIYAN, CIKGU SAZILI, KAK TIE, USTAZAH UMI, CIKGU FAIZAH dan ramai lagi la...
Paling best minggu pertama ja dah dapat jadi guru pengiring Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah Manjung... banyak pengalaman aku dapat dan dapat bekerjasama dengan CIKGU DILMI, CIKGU ZARINA, CIKGU SOLEHAH, , USTAZ RAZAK DAN CIKGU SHOFIEYAN... dapat anak murid baru, terima kasih SYIRAIN, DZIKIRIN, FITRI, ISKANDAR, BAZLI, NAJIB, FAIZALramai lagi la... memang best kla korang.. sporting...
Dan minggu pertama jugalah dah kena bagi ceramah dekat pelajar lelaki tingkatan 2F, 2G dan 2H... cabaran betul nak laksanakan tanggungjawab dan amanah ini.tapi aku dah buat yang terbaik..terima kasih cikgu HALIM, Puan NORLIZA, Ustaz Razak dan Cikgu SAZILI kerana bagi tunjuk ajar dan pertolongan... erm... tak tahu la, depa ni dapat ke tak pengajaran dan ilmu yang aku sampaikan, harap-harap, tak banyak sikit pun jadilah...
Amin....

PENANTIAN SATU DEBARAN BUAT 1 CEMERLANG DAN 2 HARAPAN SMK SERI SAMUDERA

Huh... dah hampir 3 minggu aku jalani praktikal.. minggu ketiga ni pelajar-pelajar kelas aku 1C dan 2H exam.. debaran.. sama ada apa yang akusampaikan atau tidak... satu Persoalan yang perlu dijawab.. Alhamdulillah, habis je student-student kesayangan ku menjawab dan kertas jawapan diserahkan... aku terus menyemaknya... first kertas disemak, kelas 1 cemerlang iaitu Fazril, Izzat dan Muiz... Alhamdulillah dia orang dapat B biarpun tidak mencapai target aku iaitu "A". Tapi tahniah la... dan tahniah buat yang dapat A.. Bangga la dengan anak murid aku ni dan yang dapat B, C dan D pun ok sebab ada peningkatan.. tapi target aku semua dapat "A" dan berharap ia menjadi kenyataan... Tahniah My Love students.. kamu memang terbaik bagiku.. Tahniah buat ATIQAH, AMRAN, SYARIFAH, NAJIHAH DAN ASYIQIN coz dapat A. Tahniah 1 Cemerlang...

Wah... tu al-kisah 1Cemerlang, ni alkisah 2Harapan plak.. memang mencabar la mengajar kelas ni. Dugaan... tapi pengalaman mengajar segala-galanya supaya lebih profesional.. Yang nakal-nakal tu harap dapat berubah la pada satu ketika nanti. Amin... Ok, bab ujian... Tahniah buat ADIB kerana dapat paling tinggi biarpun sekadar gred B. tapi paling bangga la coz sorang ja dapat "B". Tahniah juga buat ADAM, tak sIa-sia aku ngajar dan bagi tumpuan sikit dekat dia pelajar-pelajar lain... ada peningkatan biarpun dapat C. Tahniah juga dekat Iskandar, Fadhil, Aida, Puteri dan Fatin sebab dapat C. Aku yakin, mungkin ada peningkatan lagi dan yakin dengan kebolehan mereka... Buat Farahin, Aqilah, Fazira, Mila yand The Geng, tahniah dan berharap mereka dapat berubah... Amin, itu doaku..Good Luck.. Pelajar penuh dengan senyuman RADZI usaha lebih sikit dan paling suka bercerita AFIQ dan RASYIDIN memang best la...
KAMARUL Good Luck....

I LOVE ALL MY STUDENTS 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN & smk SERI SAMUDERA

Friday, August 7, 2009

HaTi



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Tuhan

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan QadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya... Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
<<<>>>


Wednesday, August 5, 2009

Terima Kasih SMK Seri samudera


Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima sebagai Guru Praktikal dalam masa beberapa bulan ini dari 20 Julai 2009 sehinggalah penghujung bulan Oktober 2009.

Multaqa Sanawi 2009

Dengan my goup. Farhan... Harun...
Aku sembelih ayam tu....

Ha, Pasangan kembaq tak seiras... Hassan Hilmy (Kecik) dan Hassan Zuhdy (Besaq)..


Ramai sungguh peminat....

Tinggi tak menara adik-adik ni buat??????





Perkhemahan KRS Seri Samudera
















Bina Insan Guru 2009






















My Dinner UPSI
















Sambutan hari Lahir & Perpisahan Cikgu Saadiah






















Pengetua potong kekkkkk....






HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....