BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Tuesday, August 11, 2009

Aku di OBSERVE


Hari ini, hari selasa 11 Ogos 2009, minggu keempat aku praktikal... aku dicerap oleh guru pembimbing aku Puan Hajah Nor Azizan... risau sangat tadi... tapi berjalan lancar rasanya... apapun, kena jumpa puan jugak, sebab ada beberapa perkara yang kena perbetulkan... maklum la, masih baru dan tak ada pengalaman.. aku di observe tajuk SUMAYYAH.... bahagian sirah...banyak rintangan sebelum mengajar dan sepanjang persiapan... mula-mula kunci bilik tayangan tak dapat buka, terpaksa la aku asuk ikut pintu pusat sumber. dah dapat masuk, projektor plak tak hidup. kelam kabut.. pi minta bantuan, rupanya, projektor tu perlu guna remote untuk hidupkan.. pi la cari plak... dah jumpa, pi hidupkan, tepat jam 1.45 loceng bunti dan puan keluar dari bilik dia nak masuk.. gelabah aku... projektor tak buka lagi.. tambah lagi satu masalah, budak-budak lambat datang. student 1 C, tunggu punya tungu, tak datang-datang jugak, sedangkan dah bagutahu. rupanya depa dalam kelas dengan cikgu, bincang soalan exam... dah la puan lama tunggu... hampir 10 minit juga la lewat. sepatutnya 1.45, jadi 1.55 barun ngajar. dah ngajar ok la... tapi ada benda perlu aku perbaharui dan tingkatkan... gabra beb.... ok, itu cerita hari ni untuk minggu keempat... dan aku sempat pi melawat 3 tempat, KOPREASI, BILIK KAUNSELING dan PUSAT SUMBER PPDa. memang cantik sangat-sangat... nanti aku masukkan gambar.... ok, ana undur diri dulu.... Wassalam.. dan akhir kata, terima kasih banyak-banyak buat student kesayangan ustaz 1C kerana bagi kerjasama. Love you All....

Minggu Ketiga Praktikal

Rasa macam makin serasi dengan sekolah ini. rasa sayang pun dah makin berputik.. belum tahu bilakah akan berbunga atau terus kucup akibat ketandusan air dan baja.. Pastinya anak-anak muridku dari 1 Cemerlang dan 2 Harapan makin disayangi... mungkin pada awalnya sukar di kawal, namun lama-kelamaan baik rasanya... Minggu ini sekolah ada ujian penilaian 2. So, aku tak la banyak mengajar dan sekadar menyemak kertas jawapan pelajar sahaja. tapi, aku rasa bangga dengan peningkatan keputusan mereka. kagum sangat biarpun tak seberapa. sekurang-kurangnya ada perubahan. paling penting dari segi akhlak... aku nak jadi pendidik yang bukan sahaja mengajar semata-mata tapi mendidik akhlak mereka. I LOVE ALL MY STUDENTS ESPECIALLY 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN.

SEBUAH EPISOD DI SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG PERAK...

Tanggal 20 Julai 2009, bergelarlah aku sebagai Guru Praktikal. jam 8.00 pagi aku melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera Manjung Perak. Aku terus berjumpa dengan Puan Pengetua SMK Seri Samudera dan setelah seketika pertemuan, aku ditempatkan pada sesi petang persekolahan yang berkemungkinan mengajar tingkatan satu ataupun tingkatan 2...
Jam 1.10 petang aku melapor diri pada Puan Penyelia Petang, Pn Noorliza dan diberi amanah dan tanggungjawab untuk menggantikan kelas ... bermulalah kerjaya aku sebagai seorang guru @ ustaz Shahrin... bangga ada, takut pun ada kerana tanggungjawab dan amanah mendidik terlalu berat untuk dipikul...
Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari aku di SMK Seri Samudera, aku diberi tanggungjawab untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Cemerlang dan 2 Harapan. bagiku, kedua-dua kelas ada cabaran, kelebihan dan kekurangan yang perlu aku tempuhi. Akan aku buktikan yang aku juga mampu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai pendidik.
Hampir 2 minggu aku di SMK Seri Samudera, aku berkenalan dengan ramai guru, ustaz dan ustazah. dan tidak ketinggalan aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing aku, Puan Hajah Noor Azizan kerana sudi memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang berada di sini...Pengalaman tidak terhingga dari guru-guru lain, CIKGU HALIM, SIR BALA, USTAZ RAZAK, CIKGU MAT ZAIN, CIKGU SHOEFIYAN, CIKGU SAZILI, KAK TIE, USTAZAH UMI, CIKGU FAIZAH dan ramai lagi la...
Paling best minggu pertama ja dah dapat jadi guru pengiring Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah Manjung... banyak pengalaman aku dapat dan dapat bekerjasama dengan CIKGU DILMI, CIKGU ZARINA, CIKGU SOLEHAH, , USTAZ RAZAK DAN CIKGU SHOFIEYAN... dapat anak murid baru, terima kasih SYIRAIN, DZIKIRIN, FITRI, ISKANDAR, BAZLI, NAJIB, FAIZALramai lagi la... memang best kla korang.. sporting...
Dan minggu pertama jugalah dah kena bagi ceramah dekat pelajar lelaki tingkatan 2F, 2G dan 2H... cabaran betul nak laksanakan tanggungjawab dan amanah ini.tapi aku dah buat yang terbaik..terima kasih cikgu HALIM, Puan NORLIZA, Ustaz Razak dan Cikgu SAZILI kerana bagi tunjuk ajar dan pertolongan... erm... tak tahu la, depa ni dapat ke tak pengajaran dan ilmu yang aku sampaikan, harap-harap, tak banyak sikit pun jadilah...
Amin....

PENANTIAN SATU DEBARAN BUAT 1 CEMERLANG DAN 2 HARAPAN SMK SERI SAMUDERA

Huh... dah hampir 3 minggu aku jalani praktikal.. minggu ketiga ni pelajar-pelajar kelas aku 1C dan 2H exam.. debaran.. sama ada apa yang akusampaikan atau tidak... satu Persoalan yang perlu dijawab.. Alhamdulillah, habis je student-student kesayangan ku menjawab dan kertas jawapan diserahkan... aku terus menyemaknya... first kertas disemak, kelas 1 cemerlang iaitu Fazril, Izzat dan Muiz... Alhamdulillah dia orang dapat B biarpun tidak mencapai target aku iaitu "A". Tapi tahniah la... dan tahniah buat yang dapat A.. Bangga la dengan anak murid aku ni dan yang dapat B, C dan D pun ok sebab ada peningkatan.. tapi target aku semua dapat "A" dan berharap ia menjadi kenyataan... Tahniah My Love students.. kamu memang terbaik bagiku.. Tahniah buat ATIQAH, AMRAN, SYARIFAH, NAJIHAH DAN ASYIQIN coz dapat A. Tahniah 1 Cemerlang...

Wah... tu al-kisah 1Cemerlang, ni alkisah 2Harapan plak.. memang mencabar la mengajar kelas ni. Dugaan... tapi pengalaman mengajar segala-galanya supaya lebih profesional.. Yang nakal-nakal tu harap dapat berubah la pada satu ketika nanti. Amin... Ok, bab ujian... Tahniah buat ADIB kerana dapat paling tinggi biarpun sekadar gred B. tapi paling bangga la coz sorang ja dapat "B". Tahniah juga buat ADAM, tak sIa-sia aku ngajar dan bagi tumpuan sikit dekat dia pelajar-pelajar lain... ada peningkatan biarpun dapat C. Tahniah juga dekat Iskandar, Fadhil, Aida, Puteri dan Fatin sebab dapat C. Aku yakin, mungkin ada peningkatan lagi dan yakin dengan kebolehan mereka... Buat Farahin, Aqilah, Fazira, Mila yand The Geng, tahniah dan berharap mereka dapat berubah... Amin, itu doaku..Good Luck.. Pelajar penuh dengan senyuman RADZI usaha lebih sikit dan paling suka bercerita AFIQ dan RASYIDIN memang best la...
KAMARUL Good Luck....

I LOVE ALL MY STUDENTS 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN & smk SERI SAMUDERA

0 comments:

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....