BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Friday, August 14, 2009

Hari terakhir bagi Minggu Ke-4

Jumaat, macam biasa. hari paling aku tertekan. kelam kabut jadinya, selesai ja solat Jumaat, tanpa baca doa terus aku keluar dari pintu masjid, nak kena pi sekolah. sampai ja, terus ke pejabat, Punch Card.. huh, terkejar-kejar jugak... sampai ja, 2.20 terus masuk kelas 2H. hari ni, 7 orang ja hadir, sedih aku. tak tahu nak ngajar apa.. 5 kawan serangkai ditukar ke kelas lain.. aku bawa ja student 2H ke Library... sampai 3.30... pastu, budak-budak rehat, aku jumpa Hanif lagi dekat library dengan kawan dia. berborak panjang jugak la... dah lama tak dapat sembang ngan student macam tu, maklum la sebelum ni sembang dengan adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad. Terubat juga la hati ni, kerinduan di perantauan. harap dapat lebih rapat dengan Hanif & The Geng. He he he.... Bukan apa, boring kalau hidup ini serius sangat. Aku kan jenis happy dan penyayang.... K, setakat in dulu coretan hari ini..Bye....

0 comments:

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....