BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Monday, September 28, 2009

Hari Raya....




Ini la keluarga ku....

Aku di Observe pensyarah...

Dalam kesibukan untuk berhari raya, pada 16 september 2009, akudi observe pertama kalinya oleh penyelia aku taklain tak bukan ustaz mohd abdul nasir... aduh.. gabra aku di buatnya... dah la kena kelas 2H. Kelas yang agak membimbangkan aku.. apa pun, aku nak ucap terima kasih dekat 11 orang student aku yang bagi komitmen... cayalah... korang memang terbaik... terima kasih 2Harapan. dan aapun aku tetap ada kekurangan kali ni... kekuranga ABM dan dari segi pengurusan masa. harap dapat diperbaiki untuk di observe kali kedua.. tak tahu la... tapi dalam masa 3 minggu after raya... Harap aku dapat buat yang terbaik untuk kali ini... Amin...

Wednesday, September 16, 2009

Balik kampung....

Hari ini, 17 september (Khamis) jam7.30 nanti aku akan balik kampung. naik bas... tapi balik rumah abang aku dulu dekat penang. Pagi esok dalam pukul 8 aku balik la kampung. sebab apa? sebab tak ada bas balik kedah waktu malam... so, aku balik la penang dulu sebab nak balik awal dan sampai rumah awal. kalau tak, kena balik jumaat pagi... tak mahu aku, sebab sekolah dekat manjung ni especially SMK Seri Samudera cuti... Sebenaqnya untukbalik raya ni, 3 kali aku tukar tiket. Asalnya aku balik sabtu pagi naik bas Arwana, pastu tukar ke 7.30 malam Jumaat naik trannasional, tup-tup sekolah cuti plak jumaat, tukat la plak tiket ke hari khamis malam.. huh, banyak kali betul tukar menukar tiket ni. apapun, aku semangat, sebab nak balik RAYA.... Selamat Hari Raya.....

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.... dah tak lama nak raya... masuk ari ni, tinggal 5 hari jer lagi kalau raya hari ahad... Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadan.. dan tak sabar rasanya nak meraikan 1 Syawal yang mulia... Di kesempatan ini, pada siapa-siapa yang melawat blog ni, Aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf banya-banyak kalau ada salah dan silap, susun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari kaki... Sama ada zakir ataupun batin... Selamat Hari Raya buat keluarga tersayang, sanak saudara, adik-adik di Asrama SMKDSA, UM, Anak-anak murid SMK Seri Samudera, kawan-kawan, kenalan dan sesiapa sahaja muslimin dan muslimat.

Saturday, September 12, 2009

Aku ngan Student aku....

Ni dengan pelajar 1Cemerlang


Ini dengan pelajar 2 Harapan


Aku dengan adik-adik ku...

Zuhdy, Hanif, Zul, Hilmy & Fikrie
Saat bahagia macam ini sukar untuk di cari ganti. jika tahu menilainya pasti merupakan kenangan terindah dalam hidup.....
Hilmy, Zul, Naaim, Aku & Hanif

Wednesday, September 2, 2009

Seminggu bercuti...

Alhamdulillah, seminggu aku bercuti di kampung... lega rasanya. dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga di awal Ramadan... Best la... Hari-hari terakhir aku bercuti, dapat berjumpa pula dengan adik-adik asrama. Rasa terubat rindu di hati...banyak juga la aku wat aktiviti sepanjang seminggu. Antaranya dapat buat sambutan kemerdekaan dengan pelajar sesi petang SMKDSA. itupun Ummi jemput join.. Best jugak... Pada hari sama, aku dengan geng ABIM pergi jalankan aktiviti sedekah beras sempena bulan Ramadan di Kampung Keda Pasir Putih. Hampir 38 kuluarga menerima bantuan yang dihadiri wartawan dari SINAR. Bangga pun ada, tambah-tambah ada juga adik-adik asrama yang join diketuai oleh Ustaz Abdullah Din selaku pengerusi ABIM Daerah Padang Terap... Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Amin.... Cerita seterusnya selepas ini, dah nak balik... kebetulan waktu terluang di sekolah ni, apa lagi... k, Wassalam.

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....