BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Wednesday, September 2, 2009

Seminggu bercuti...

Alhamdulillah, seminggu aku bercuti di kampung... lega rasanya. dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga di awal Ramadan... Best la... Hari-hari terakhir aku bercuti, dapat berjumpa pula dengan adik-adik asrama. Rasa terubat rindu di hati...banyak juga la aku wat aktiviti sepanjang seminggu. Antaranya dapat buat sambutan kemerdekaan dengan pelajar sesi petang SMKDSA. itupun Ummi jemput join.. Best jugak... Pada hari sama, aku dengan geng ABIM pergi jalankan aktiviti sedekah beras sempena bulan Ramadan di Kampung Keda Pasir Putih. Hampir 38 kuluarga menerima bantuan yang dihadiri wartawan dari SINAR. Bangga pun ada, tambah-tambah ada juga adik-adik asrama yang join diketuai oleh Ustaz Abdullah Din selaku pengerusi ABIM Daerah Padang Terap... Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Amin.... Cerita seterusnya selepas ini, dah nak balik... kebetulan waktu terluang di sekolah ni, apa lagi... k, Wassalam.

0 comments:

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....