BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Monday, October 5, 2009

2 Minggu terakhir ku di SMK Seri Samudera...

Hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi aku di SMK Seri Samudera... pejam celik pejam celik, dah nak habis. Minggu ni pula, PMR pun bermula. sekolah mula cuti berselang seli. minggu depan, aku hanya samapi 15 Oktober sahaja, kerana sekolah aku cuti peristiwa hari Deepavali biarpun pada surat praktikum termateri sehingga 16 Oktober... Jadi, dah tak lama la. menghitung hari sahaja.. rasa sedih pun ada mahu meninggalkan sekolah tersayang ni, anak-anak murid dan laen-laen la... sayu jer hati. tapi apakan daya, kehidupan mesti duteruskan. Karier ku berhenti di sini buat seketika waktu. Kerana di sini jua memori tercipta, walau seketika, terjalin kasih. Mungkin di sini jua aku akan berpisah, kenangan bersama, tiada ku lupa. kerana yang terpahit jua termanis, semuanya bagiku terindah. akan aku ingati buat selama-lamanya.....

0 comments:

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....