BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.....AHLAN WA SAHLAN.....

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....

Friday, October 16, 2009

Hatiku Sedihhhh...

Hari ini, tanggal 16 Oktober 2009, berakhirlah sudah aku bergelar seoarang ustaz praktikum di SMKSS. Rasa sedih sangat nak tinggalkan pelajar-pelajar kesayanganku... 1 Cemerlang dan 2 Harapan... sayang sangat dekat mereka. satu kenangan terindah dan abadi buat selamanya.... Sayang you all... Hanif, Danial, Izzat, Najmi, Hafiz, syazwan, Amran, muiz, Wan, Fazril, Hakim, Izzudin, Mukhris, Adzim dan lain-lain la... semoga mereka tak akan melupakan diri ini... Aminnnnn.....

Wednesday, October 7, 2009

Hari ini PMR....

Hari ini, PMR. seluruh pelajar form 3 dekat malaysia menduduki PMR. termasuklah adik-adik ku di SMKDSA. harap2, depa dapat result yang cemerlang. Adik angkatku Firdaus dan Adha dan juga adik-adik yang laen, nazmi, zoro, Dzul, shauqi, malik, boy, anuar dan semua adik-adik asrama SMKDSA la... Good Luck... Aku doakan agar mereka terus cemerlang dan cemerlang. bukan sahaja di dunia tapi juga bekalan untul akhirat... Amin...

Tuesday, October 6, 2009

Hari-hari yang menyedihkan....

Erm, tinggal berapa hari jer lagi aku dekat sekolah... dan paling menakutkan, belum di observe pensyarah dan guru pembimbing... sedih nak tinggalkan anak-anak murid aku di 1Cemerlang dan 2 Harapan dan laen-laen anak murid yang rapat dengan diriku.. apa pun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

Monday, October 5, 2009

2 Minggu terakhir ku di SMK Seri Samudera...

Hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi aku di SMK Seri Samudera... pejam celik pejam celik, dah nak habis. Minggu ni pula, PMR pun bermula. sekolah mula cuti berselang seli. minggu depan, aku hanya samapi 15 Oktober sahaja, kerana sekolah aku cuti peristiwa hari Deepavali biarpun pada surat praktikum termateri sehingga 16 Oktober... Jadi, dah tak lama la. menghitung hari sahaja.. rasa sedih pun ada mahu meninggalkan sekolah tersayang ni, anak-anak murid dan laen-laen la... sayu jer hati. tapi apakan daya, kehidupan mesti duteruskan. Karier ku berhenti di sini buat seketika waktu. Kerana di sini jua memori tercipta, walau seketika, terjalin kasih. Mungkin di sini jua aku akan berpisah, kenangan bersama, tiada ku lupa. kerana yang terpahit jua termanis, semuanya bagiku terindah. akan aku ingati buat selama-lamanya.....

HaTi...

Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....

CiNtA

Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....

Kenanganku....