.....AHLAN WA SAHLAN.....
Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini...
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Penantian
Huh.. lama betul tunggu untuk posting. sampai sekarang pun masih belum tahu. kawan-kawan dah lama tahu sebab telefon pihak KPM. aku dah telefon, beratus kali, namun tak dapat-dapat juga. tention dibuatnya....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 6:31 PM 0 comments
Friday, October 16, 2009
Hatiku Sedihhhh...
Hari ini, tanggal 16 Oktober 2009, berakhirlah sudah aku bergelar seoarang ustaz praktikum di SMKSS. Rasa sedih sangat nak tinggalkan pelajar-pelajar kesayanganku... 1 Cemerlang dan 2 Harapan... sayang sangat dekat mereka. satu kenangan terindah dan abadi buat selamanya.... Sayang you all... Hanif, Danial, Izzat, Najmi, Hafiz, syazwan, Amran, muiz, Wan, Fazril, Hakim, Izzudin, Mukhris, Adzim dan lain-lain la... semoga mereka tak akan melupakan diri ini... Aminnnnn.....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 2:37 AM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Hari ini PMR....
Hari ini, PMR. seluruh pelajar form 3 dekat malaysia menduduki PMR. termasuklah adik-adik ku di SMKDSA. harap2, depa dapat result yang cemerlang. Adik angkatku Firdaus dan Adha dan juga adik-adik yang laen, nazmi, zoro, Dzul, shauqi, malik, boy, anuar dan semua adik-adik asrama SMKDSA la... Good Luck... Aku doakan agar mereka terus cemerlang dan cemerlang. bukan sahaja di dunia tapi juga bekalan untul akhirat... Amin...
Posted by ShAHrIn HiLmY at 2:49 AM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
Hari-hari yang menyedihkan....
Erm, tinggal berapa hari jer lagi aku dekat sekolah... dan paling menakutkan, belum di observe pensyarah dan guru pembimbing... sedih nak tinggalkan anak-anak murid aku di 1Cemerlang dan 2 Harapan dan laen-laen anak murid yang rapat dengan diriku.. apa pun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Posted by ShAHrIn HiLmY at 1:07 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
2 Minggu terakhir ku di SMK Seri Samudera...
Hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi aku di SMK Seri Samudera... pejam celik pejam celik, dah nak habis. Minggu ni pula, PMR pun bermula. sekolah mula cuti berselang seli. minggu depan, aku hanya samapi 15 Oktober sahaja, kerana sekolah aku cuti peristiwa hari Deepavali biarpun pada surat praktikum termateri sehingga 16 Oktober... Jadi, dah tak lama la. menghitung hari sahaja.. rasa sedih pun ada mahu meninggalkan sekolah tersayang ni, anak-anak murid dan laen-laen la... sayu jer hati. tapi apakan daya, kehidupan mesti duteruskan. Karier ku berhenti di sini buat seketika waktu. Kerana di sini jua memori tercipta, walau seketika, terjalin kasih. Mungkin di sini jua aku akan berpisah, kenangan bersama, tiada ku lupa. kerana yang terpahit jua termanis, semuanya bagiku terindah. akan aku ingati buat selama-lamanya.....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 1:06 AM 0 comments
Monday, September 28, 2009
Aku di Observe pensyarah...
Dalam kesibukan untuk berhari raya, pada 16 september 2009, akudi observe pertama kalinya oleh penyelia aku taklain tak bukan ustaz mohd abdul nasir... aduh.. gabra aku di buatnya... dah la kena kelas 2H. Kelas yang agak membimbangkan aku.. apa pun, aku nak ucap terima kasih dekat 11 orang student aku yang bagi komitmen... cayalah... korang memang terbaik... terima kasih 2Harapan. dan aapun aku tetap ada kekurangan kali ni... kekuranga ABM dan dari segi pengurusan masa. harap dapat diperbaiki untuk di observe kali kedua.. tak tahu la... tapi dalam masa 3 minggu after raya... Harap aku dapat buat yang terbaik untuk kali ini... Amin...
Posted by ShAHrIn HiLmY at 12:49 AM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Balik kampung....
Hari ini, 17 september (Khamis) jam7.30 nanti aku akan balik kampung. naik bas... tapi balik rumah abang aku dulu dekat penang. Pagi esok dalam pukul 8 aku balik la kampung. sebab apa? sebab tak ada bas balik kedah waktu malam... so, aku balik la penang dulu sebab nak balik awal dan sampai rumah awal. kalau tak, kena balik jumaat pagi... tak mahu aku, sebab sekolah dekat manjung ni especially SMK Seri Samudera cuti... Sebenaqnya untukbalik raya ni, 3 kali aku tukar tiket. Asalnya aku balik sabtu pagi naik bas Arwana, pastu tukar ke 7.30 malam Jumaat naik trannasional, tup-tup sekolah cuti plak jumaat, tukat la plak tiket ke hari khamis malam.. huh, banyak kali betul tukar menukar tiket ni. apapun, aku semangat, sebab nak balik RAYA.... Selamat Hari Raya.....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 10:59 PM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum.... dah tak lama nak raya... masuk ari ni, tinggal 5 hari jer lagi kalau raya hari ahad... Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadan.. dan tak sabar rasanya nak meraikan 1 Syawal yang mulia... Di kesempatan ini, pada siapa-siapa yang melawat blog ni, Aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf banya-banyak kalau ada salah dan silap, susun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari kaki... Sama ada zakir ataupun batin... Selamat Hari Raya buat keluarga tersayang, sanak saudara, adik-adik di Asrama SMKDSA, UM, Anak-anak murid SMK Seri Samudera, kawan-kawan, kenalan dan sesiapa sahaja muslimin dan muslimat.
Posted by ShAHrIn HiLmY at 12:32 AM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Seminggu bercuti...
Alhamdulillah, seminggu aku bercuti di kampung... lega rasanya. dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga di awal Ramadan... Best la... Hari-hari terakhir aku bercuti, dapat berjumpa pula dengan adik-adik asrama. Rasa terubat rindu di hati...banyak juga la aku wat aktiviti sepanjang seminggu. Antaranya dapat buat sambutan kemerdekaan dengan pelajar sesi petang SMKDSA. itupun Ummi jemput join.. Best jugak... Pada hari sama, aku dengan geng ABIM pergi jalankan aktiviti sedekah beras sempena bulan Ramadan di Kampung Keda Pasir Putih. Hampir 38 kuluarga menerima bantuan yang dihadiri wartawan dari SINAR. Bangga pun ada, tambah-tambah ada juga adik-adik asrama yang join diketuai oleh Ustaz Abdullah Din selaku pengerusi ABIM Daerah Padang Terap... Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Amin.... Cerita seterusnya selepas ini, dah nak balik... kebetulan waktu terluang di sekolah ni, apa lagi... k, Wassalam.
Posted by ShAHrIn HiLmY at 2:14 AM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Aku demam dan mendapat cuti...
Assalamualaikum...
Buat anak-anak muridku di 1C dan 2H, maaf la, saya demam dan mendapat cutu 2 hari iaitu hari khamis dan jumaat. Jadi tidak dapat masuk kelas kamu semua. Apapun, Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang barakah ini... amin.... dan doakan kesihatan saya ya... dan sekarang, dah ada di kampung, berpuasa bersama keluarga tersayang. Marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan.
Posted by ShAHrIn HiLmY at 10:51 PM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Aku jadi doktor....
Assalamualaikum... Buat tatapan semua. Semalam, 17 Ogos aku jadi doktor tak bertauliah... Kena chek suhu badan student.. Jalan dari kelas ke kelas... Lebih kurang 16 kelas... Takut aku, maklum la skarang kan tengan H1N1. Hampir separuh student suhu badan 38 ke atas dan ada yang samapai 40 pun masih datang sekolah. Tak risau tul.. dan sekolah aku dah 3 orang disyaki positif... SMK Teknik & Seri Manjung dah tutup.. Sekolah aku tak tahu la bila lagi.... apapun, aku berdoa agar aku, keluarga, kawan-kawan dan adik-adik tersayang dilindungi daripada bencana dan bala penyakit ini.... Amin. Wassalam.
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:59 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
HaTi...
Hati yang bersih seperti pancaran nur Ilahi yang dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, Malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam di sekelilingnya... hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudara, paling bersih dalam keyakinan dan cekal dalam beragama....
CiNtA
Jika orang lain sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari Iman, Jika orang lain sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan,. Jika orang lain menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam... jika orang lain cintakan kemanusiaan, Biarlah kita cintakan tuhan. Jika orang lain mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakan kehidupan di ukhrawi, kekal abadi buat selamanya....






.jpg)