.....AHLAN WA SAHLAN.....
Kisah dan kenangan untuk tatapan semua....
Friday, August 21, 2009
Aku demam dan mendapat cuti...
Posted by ShAHrIn HiLmY at 10:51 PM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Aku jadi doktor....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:59 PM 0 comments
Friday, August 14, 2009
Logo Penting punya...
Asrama SMK Dato' Syed Ahmad
Posted by ShAHrIn HiLmY at 7:02 AM 0 comments
Hari terakhir bagi Minggu Ke-4
Posted by ShAHrIn HiLmY at 1:44 AM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Inilah wajah Sang Merpati Putih
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:32 AM 0 comments
Labels: Frenzs
Hariku bermakna....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:21 AM 0 comments
Labels: SMK Seri Samudera
Kenangan Semalam.... 12 Ogos 2009
Posted by ShAHrIn HiLmY at 12:48 AM 0 comments
Labels: SMK Seri Samudera
Hatiku Rindu.........
Aku dengan Chik (Hassan Hilmy) Adik angkat aku... dekat asrama SMKDSA. Dia ada kembaq, Hassan Zuhdy, tapi kembar tak seiras. Ini adik....
Ni ngan Dud, adik angkat aku gak... semua manja.. Tambah sayang dan rindu dekat depa semua.... Banyak sangat kenangan dekat asrama dulu...Rindu kenangan macam ni... tak terucap di hati..
Dari hujung : Nazmi,Najib, Aku, Naim, Chik & Hakim
Aku dengan Dud & K-rul .. ni Dikir Barat Peringkat Negeri....
Posted by ShAHrIn HiLmY at 12:40 AM 0 comments
Labels: Hostel Of SMKDSA
Tuesday, August 11, 2009
Aku di OBSERVE
Minggu Ketiga Praktikal
Rasa macam makin serasi dengan sekolah ini. rasa sayang pun dah makin berputik.. belum tahu bilakah akan berbunga atau terus kucup akibat ketandusan air dan baja.. Pastinya anak-anak muridku dari 1 Cemerlang dan 2 Harapan makin disayangi... mungkin pada awalnya sukar di kawal, namun lama-kelamaan baik rasanya... Minggu ini sekolah ada ujian penilaian 2. So, aku tak la banyak mengajar dan sekadar menyemak kertas jawapan pelajar sahaja. tapi, aku rasa bangga dengan peningkatan keputusan mereka. kagum sangat biarpun tak seberapa. sekurang-kurangnya ada perubahan. paling penting dari segi akhlak... aku nak jadi pendidik yang bukan sahaja mengajar semata-mata tapi mendidik akhlak mereka. I LOVE ALL MY STUDENTS ESPECIALLY 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN.
SEBUAH EPISOD DI SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG PERAK...
Tanggal 20 Julai 2009, bergelarlah aku sebagai Guru Praktikal. jam 8.00 pagi aku melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera Manjung Perak. Aku terus berjumpa dengan Puan Pengetua SMK Seri Samudera dan setelah seketika pertemuan, aku ditempatkan pada sesi petang persekolahan yang berkemungkinan mengajar tingkatan satu ataupun tingkatan 2...
Jam 1.10 petang aku melapor diri pada Puan Penyelia Petang, Pn Noorliza dan diberi amanah dan tanggungjawab untuk menggantikan kelas ... bermulalah kerjaya aku sebagai seorang guru @ ustaz Shahrin... bangga ada, takut pun ada kerana tanggungjawab dan amanah mendidik terlalu berat untuk dipikul...
Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari aku di SMK Seri Samudera, aku diberi tanggungjawab untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Cemerlang dan 2 Harapan. bagiku, kedua-dua kelas ada cabaran, kelebihan dan kekurangan yang perlu aku tempuhi. Akan aku buktikan yang aku juga mampu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai pendidik.
Hampir 2 minggu aku di SMK Seri Samudera, aku berkenalan dengan ramai guru, ustaz dan ustazah. dan tidak ketinggalan aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing aku, Puan Hajah Noor Azizan kerana sudi memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang berada di sini...Pengalaman tidak terhingga dari guru-guru lain, CIKGU HALIM, SIR BALA, USTAZ RAZAK, CIKGU MAT ZAIN, CIKGU SHOEFIYAN, CIKGU SAZILI, KAK TIE, USTAZAH UMI, CIKGU FAIZAH dan ramai lagi la...
Paling best minggu pertama ja dah dapat jadi guru pengiring Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah Manjung... banyak pengalaman aku dapat dan dapat bekerjasama dengan CIKGU DILMI, CIKGU ZARINA, CIKGU SOLEHAH, , USTAZ RAZAK DAN CIKGU SHOFIEYAN... dapat anak murid baru, terima kasih SYIRAIN, DZIKIRIN, FITRI, ISKANDAR, BAZLI, NAJIB, FAIZALramai lagi la... memang best kla korang.. sporting...
Dan minggu pertama jugalah dah kena bagi ceramah dekat pelajar lelaki tingkatan 2F, 2G dan 2H... cabaran betul nak laksanakan tanggungjawab dan amanah ini.tapi aku dah buat yang terbaik..terima kasih cikgu HALIM, Puan NORLIZA, Ustaz Razak dan Cikgu SAZILI kerana bagi tunjuk ajar dan pertolongan... erm... tak tahu la, depa ni dapat ke tak pengajaran dan ilmu yang aku sampaikan, harap-harap, tak banyak sikit pun jadilah... Amin....
PENANTIAN SATU DEBARAN BUAT 1 CEMERLANG DAN 2 HARAPAN SMK SERI SAMUDERA
Huh... dah hampir 3 minggu aku jalani praktikal.. minggu ketiga ni pelajar-pelajar kelas aku 1C dan 2H exam.. debaran.. sama ada apa yang akusampaikan atau tidak... satu Persoalan yang perlu dijawab.. Alhamdulillah, habis je student-student kesayangan ku menjawab dan kertas jawapan diserahkan... aku terus menyemaknya... first kertas disemak, kelas 1 cemerlang iaitu Fazril, Izzat dan Muiz... Alhamdulillah dia orang dapat B biarpun tidak mencapai target aku iaitu "A". Tapi tahniah la... dan tahniah buat yang dapat A.. Bangga la dengan anak murid aku ni dan yang dapat B, C dan D pun ok sebab ada peningkatan.. tapi target aku semua dapat "A" dan berharap ia menjadi kenyataan... Tahniah My Love students.. kamu memang terbaik bagiku.. Tahniah buat ATIQAH, AMRAN, SYARIFAH, NAJIHAH DAN ASYIQIN coz dapat A. Tahniah 1 Cemerlang...Wah... tu al-kisah 1Cemerlang, ni alkisah 2Harapan plak.. memang mencabar la mengajar kelas ni. Dugaan... tapi pengalaman mengajar segala-galanya supaya lebih profesional.. Yang nakal-nakal tu harap dapat berubah la pada satu ketika nanti. Amin... Ok, bab ujian... Tahniah buat ADIB kerana dapat paling tinggi biarpun sekadar gred B. tapi paling bangga la coz sorang ja dapat "B". Tahniah juga buat ADAM, tak sIa-sia aku ngajar dan bagi tumpuan sikit dekat dia pelajar-pelajar lain... ada peningkatan biarpun dapat C. Tahniah juga dekat Iskandar, Fadhil, Aida, Puteri dan Fatin sebab dapat C. Aku yakin, mungkin ada peningkatan lagi dan yakin dengan kebolehan mereka... Buat Farahin, Aqilah, Fazira, Mila yand The Geng, tahniah dan berharap mereka dapat berubah... Amin, itu doaku..Good Luck.. Pelajar penuh dengan senyuman RADZI usaha lebih sikit dan paling suka bercerita AFIQ dan RASYIDIN memang best la... KAMARUL Good Luck....
I LOVE ALL MY STUDENTS 1 CEMERLANG & 2 HARAPAN & smk SERI SAMUDERA
Posted by ShAHrIn HiLmY at 1:53 AM 0 comments
Labels: SMK Seri Samudera
Friday, August 7, 2009
HaTi
Posted by ShAHrIn HiLmY at 1:58 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Wednesday, August 5, 2009
Terima Kasih SMK Seri samudera
Posted by ShAHrIn HiLmY at 10:31 PM 0 comments
Labels: SMK Seri Samudera
Perkhemahan KRS Seri Samudera
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:42 AM 0 comments
Labels: SMK Seri Samudera
Sambutan hari Lahir & Perpisahan Cikgu Saadiah
Posted by ShAHrIn HiLmY at 4:28 AM 0 comments
Labels: Hostel Of SMKDSA